Friday 1 March 2013

Pelantikan PRS SMK Maxwell 2013

Pelantikan PRS SMK Maxwell 2013
Dirasmikan oleh Cik Hjh Rosnah Abdullah, 
Ketua unit Hal Ehwal Murid
 Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
Pembimbing Rakan Sebaya
SMK Maxwell 2013

Tarikh : 18 FEB 2013 (ISNIN)
MASA: 7.30 Pagi
Tempat: Dataran Max, SMK Maxwell



Perjumpaan

Perjumpaan PRS pada setiap hari selasa di bilik PRS SMK Maxwell


Perhimpunan Pembimbing Rakan Sebaya

Perhimpunan Pembimbing Rakan Sebaya 
Peringkat Kebangsaan Zon Tengah 2012

Tarikh: 29-31 Oktober 2012
Tempat: Kompleks Rakan Muda Klang, Selangor

"Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain"
Kajian telah membuktikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remeja. Di sekolah pelajar-pelajar menerima pengetahuan dan pendidikan daripada guru dan dalam masa yang sama mereka belajar membina nilai serta sikap daripada rakan sebaya terutamanya apabila mereka mula memasuki alam remaja.

Menyedari hakikat ini program ini diadakan untuk PRS yang terlatih dalam usaha memantapkan lagi kemahiran berhubung dengan berkomunikasi supaya mereka dapat mempengaruhi rakan-rakan di sekolah ke arah yang lebih positif dan menjadi PRS yang lebih berkesan.