Thursday 25 August 2011

Pengenalan (PRS)

Pengenalan PRS

Pembimbing rakan sebaya ialah seorang pelajar yang dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya,terutamanya kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia sejak tahun 1987 lagi.

Tuesday 2 August 2011

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pasukan Pembimbing Rakan Sebaya

Rasional
Kaedah dan pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dapat mengisi atau merentasi setiap aspek pendidikan. Khidmat “murid membantu murid” dijangka lebih berkesan dan memahami curahan perasaan rakan sebaya mereka. Golongan murid ini wajar diberi pendedahan asas kaunseling. Kemahiran yang dimiliki itu diharap dapat menjadikan diri mereka sebagai pendengar yang empati dan rela memberi pertolongan dalam membentuk budaya sekolah. Sejajar dengan falsafah PRS ” Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain”, wajarlah PRS ini ditubuhkan untuk menjelajah potensi diri dan berusaha mempertingkatkan kemahiran, kepimpinan dan keupayaan menolong.
Matlamat
Penubuhan PRS diharapkan dapat membina kelompok pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi , mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan melaksanakan perkhidmatan menolong yang menjurus kepada pembentukkan budaya sekolah yang kondusif dan meransang pembangunan manusia.
Objektif
Selepas program murid terpilih ini ;
1. Boleh menguruskan emosi dan sahsiah dengan kemahiran asas kaunseling.
2. Boleh menjadi PRS terlatih dan dapat menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan membantu rakan.
3. Boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluas khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.
4. Boleh berinteraksi dengan berkesan bersama rakan sebaya serta dapat memberi pertolongan dalam mengatasi gejala disiplin di sekolah.

PRS


Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakanpelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.