Saturday 7 April 2012

SIAPAKAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ?

       Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bagaimana menjadi seorang pendengar yang aktif. Mereka juga dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya berupaya mengalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan aspek-aspek lagi. Maklumat-maklut yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya. Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran kendiri (self-awareness).


ADAKAH ANDA MASIH BERMINAT MENGIKUTI LATIHAN INI ?

Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ialah:
  • Seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.
  • Mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat dan boleh dipercayai.
  • Mempunyai sikap yang positif herhadap kawan-kawan sebaya, sekolah dan juga orang dewasa.
APAKAH TANGGUNGJAWAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ?

  1. Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.
  2. Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
  3. Membantu pelajar baharu dalam masa orientasi
  4. Memimpin kumpulan perbincangan
  5. Membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam kaunseling kelompok.
  6. Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran.
  7. Menjadi contoh kepada pelajar.
  8. Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.
  9. Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral dan material.